PRU15: Tiada apa yang mengejutkan… PH, PN, GTA Kitar Semula Ulang Skrip Lama

KUALA LUMPUR, 29 Okt – Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan menganggap tiada apa yang mengejutkan malah tindakan sudah dijangka berhubung pengumuman calon-calon untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 bagi Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA) semalam.

Katanya, PH,PN,GTA akan kitar semula, dan ulang-ulang skrip sama dalam kempen PRU15 mereka.

“Tiada apa yang baru, tiada tawaran baik agenda rakyat selain daripada politik kebencian dan fitnah. Khianat mengkhianati akan terus berlaku, rakyat terus jadi mangsa kesan daripada kegilaan mereka,” katanya dalam hantaran menerusi laman Faceboonya, hari ini.

Tegas Zahida ini bermakna hilanglah prinsip dan maruah seorang pemimpin.

“Berbeza dengan UMNO/Barisan Nasional (BN) yang mahukan kuasa untuk pulihkan kembali semangat rakyat, pulihkan kembali ekonomi rakyat, tawarkan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur.

“Ambil contoh di Melaka dan Johor, hasil mandat rakyat kepada BN, sebuah kerajaan yang stabil dapat dibentuk, manfaatnya kembali kepada rakyat.”

Dalam hal ini Zahida menjadikan contoh Johor catat pelaburan RM60.9 bilion, tertinggi dalam sejarah [2 September 2022], Melaka catat pelaburan RM2.9 bilion dalam tempoh tiga bulan pertama 2022 [24 RABU OGOS 2022].
“Ini baru dua contoh, ada banyak lagi bukti parti ini jauh lebih baik daripada PH,PN,GTA dan sekutu mereka. 19 November ini peluang kemasaan untuk kita kembalikan semula negara ke landasan sepatutnya.

“Apabila diberi peluang berkuasa, mereka gagal, seriklah beri kuasa kepada parti yang terbukti tidak mampu. Seperti kata pepatah ‘Ibarat tikus membaikkan labu’ itulah Pakatan Harapan dan serpihan mereka.

“Negara sudah jauh terkebelakang hasil kerosakan daripada tangan-tangan mereka. Undi kalian, khususnya adik adik pengundi muda atau pengundi pertama kali akan jadi isyarat, rakyat mahukan kerjaan yang benar-benar dan mampu mentadbir bukan sekadar janji tipu, harapan palsu, propaganda dan retorik semata-mata.”

Kerana itu tegasnya, tetapkan pendirian, undi Barisan Nasional demi Kestabilan dan Kemakmuran. – UMNO Online