Anak Najib ingin tandingi naib ketua Pemuda

ANAK lelaki Najib Razak, Mohd Nazifuddin Najib, menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib ketua Pemuda Umno pada pemilihan akan datang.

Nazifuddin, yang juga ahli Pemuda Langkawi berkata dia mahu membantu pergerakan itu menarik penyertaan lebih ramai golongan muda pada masa depan.

“Adalah menjadi tanggungjawab kita berbuat demikian.

“Saya akan berusaha bukan sahaja menarik penyertaan mereka tetapi memperkukuhkan kedudukan ekonomi dan sahsiah mereka,” katanya.