Pas perlu jawab tuduhan rasuah, kata Isham

KETUA Penerangan, Isham Jalil menasihatkan para pimpinan Pas untuk menjawab persoalan rakyat mengenai dakwaan mereka merasuah pengundi dan salah guna dana kerajaan sewaktu berkuasa, terutama pada PRU15

Beliau memberi respons terhadap kenyataan Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menempelaknya seolah-olah beliau adalah jurucakap kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Rakyat ingin tahu berkenaan penggunaan dana kerajaan berbilion ringgit termasuk rundingan terus projek tebatan banjir RM15 bilion semasa YB jadi Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) serta berkenaan kes rasuah pengundi yang dibuat oleh Perikatan Nasional (PN),” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Menurut Isham, isu ini telah dibangkitkan beberapa minggu sebelum SPRM bertindak membekukan akaun rakan gabungan mereka iaitu PPBM.