Dokumen PAU2022 diserah kepada RoS

UMNO telah mengemukakan semua maklumat yang diperlukan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung usul tambahan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung 2022 untuk jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata segala penjelasan serta maklumat yang diperlukan telah diserahkan oleh Setiausaha Agung, Ahmad Maslan kepada jabatan itu.

“Kami diberi masa 60 hari untuk memberikan penjelasan terperinci. Saya percaya setiausaha agung kami telah memenuhi semua permintaan RoS dan memberikan semua maklumat yang diperlukan,” kata beliau di Putrajaya.