Pilih hanya pemimpin yang bersih, kata Shahrir

PEMILIHAN jawatan dalam parti kali ini hendaklah mampu melahirkan barisan pemimpin berwibawa, berintegriti dan bersih daripada rasuah.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Shahrir Samad berkata ini penting agar parti dapat digerakkan lebih jauh ke hadapan dalam menghadapi cabaran lanskap politik semasa.

“Biarlah kita pilih mereka yang bersih dan mampu mencurah tenaga kepada parti, dan bukannya untuk memperjuangkan diri sendiri,” katanya dalam satu wawancara video hari ini (berita lanjut di Umno Online).