Letak lebih ramai calon wanita pada PRN – Noraini

UMNO mesti mencalonkan lebih ramai wanita pada pilihanraya negeri tidak lama lagi, kata ketuanya Noraini Ahmad.

Katanya, ini kerana Wanita telah membuktikan usaha gigih membantu parti selama ini.

“Umno masih belum memenuhi sasaran memenuhi 30 peratus calon wanita di peringkat pengurusan parti dan calon pilihanraya, sesuatu yang dituntut sebelum saya jadi ketua pada tahun 2018 lagi.

“Ramai yang layak sebenarnya, dan saya rasa mereka mengatasi lelaki di beberapa bidang,” katanya.