PERHIMPUNAN Agung UMNO (PAU) 2023 telah berakhir. Walaupun Barisan Nasional (BN) yang didukung UMNO kalah dua kali pilihan raya umum, harapan terhadap hasil PAU sangat tinggi, malah lebih tinggi daripada perhimpunan-perhimpunan agung sebelumnya.
PAU kali ini menyaksikan kedudukan UMNO bukan lagi menjadi peneraju kerajaan, tetapi menjadi sebahagian daripada gabungan parti yang membentuk kerajaan.
Walaupun begitu, UMNO dilihat dominan dengan Presidennya yang menjadi Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. Satu portfolio yang penting dalam pembangunan orang Melayu dan Bumiputera khususnya di kawasan luar bandar.
Mengapa PAU kali ini memberi tumpuan kepada orang Melayu?
Ini kerana kerisauan orang Melayu bukan kerana gusar UMNO tidak mampu mentadbir kerajaan dengan baik, tetapi kerisauan mereka tentang keupayaan UMNO untuk menjaga kepentingan Melayu, Islam, Raja-Raja Melayu, dan berperanan sebagai pengimbang terhadap PKR yang dianggap liberal & Dap yang dianggap chauvinis di mata orang Melayu.
Orang Melayu dan umat Islam di negara ini masih trauma dengan apa yang berlaku selepas PRU14, apabila PPBM yang menjadi sebahagian daripada PH, malah menjadi Perdana Menteri pada masa itu, tidak mampu melindungi kepentingan Melayu, agama Islam, dan Raja-Raja Melayu.
Alhamdulillah, PAU kali ini berjaya meredakan kebimbangan dan kekusutan tersebut. UMNO kali ini sangat strategik dalam menyampaikan mesej bukan sahaja kepada wakil-wakilnya, tetapi juga kepada umat Melayu di seluruh negara.
Dalam sesi โTownhall Penerangan UMNO Malaysiaโ, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bersama Naib-naib Presiden telah menjelaskan dan memberi keyakinan bahawa walaupun UMNO hanya sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, tetapi UMNO tetap teguh dalam mempertahankan kepentingan Melayu & Islam sejak awal penubuhan kerajaan lagi.
Ini terbukti dengan respon pantas UMNO terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila KDN dilapor menarik balik rayuan kes Jill Ireland yang kemudian disuarakan melalui kenyataan media beliau selepas mesyuarat kabinet.
Dalam Ucapan Dasar Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jelas dan terang menyatakan komitmen UMNO dalam memperjuangkan nasib bangsa dan mempertahankan agama tidak pernah berubah sama sekali.
Malah hingga hari ini, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan Islam dan kepentingan Melayu/Bumiputera melalui agensi-agensi di bawah kementerian yang dipimpin oleh menteri UMNO. Semua ini dilakukan tanpa halangan atau bantahan dari rakan kongsi dalam Kerajaan Perpaduan.
Dalam ucapan penggulungan pula, Presiden UMNO telah mengangkat serta bersetuju dengan usul-usul yang dibawa oleh sayap dan para pembahas usul yang kebanyakannya adalah ke arah membantu meningkatkan kedudukan orang Melayu dari segi ekonomi, pendidikan dan sosial.
Ini sekali lagi isyarat jelas komitmen UMNO yang mahukan kepentingan Melayu dan Islam sentiasa menjadi agenda utama.
Oleh itu, dalam menghadapi pilihan raya di enam negeri akan datang, adalah penting bagi UMNO untuk menzahirkan keyakinan dan jaminan ini kepada orang Melayu.
UMNO perlu memberi tumpuan kepada segmen asal mereka, iaitu orang Melayu, dan meyakinkan orang Melayu mengenai keupayaan dan komitmen UMNO dalam menjaga kepentingan bangsa dan agama Islam sebagai sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.
Jika UMNO mampu memberikan keyakinan ini kepada orang Melayu, sudah pastinya UMNO tidak akan menghadapi masalah untuk memastikan kemenangan dalam enam pilihan raya negeri yang akan datang.
Oleh ๐ ๐ข๐๐ ๐ฆ๐๐จ๐๐ฅ๐ฌ ๐๐๐ก ๐ฅ๐ข๐ฆ๐๐๐ก
Penulis ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐๐ฆ๐ต๐ถ๐ข ๐๐ฆ๐ฏ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐๐๐๐ ๐๐ข๐ฉ๐ข๐จ๐ช๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ญ๐ข๐บ๐ข๐ฏ๐จ. ๐๐ข๐ฏ๐ต๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ๐ณ๐ข๐ฎ๐ข๐ฉ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฏ๐ข๐จ๐ข ๐๐ฆ๐ฏ๐จ๐จ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฌ ๐๐ช๐ณ๐ฐ ๐๐ข๐ต๐ข๐ฏ๐ฆ๐จ๐ข๐ณ๐ข. ๐๐ฌ๐ต๐ช๐ท๐ช๐ด ๐ด๐ฆ๐ณ๐ต๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ๐ณ๐ข๐ฎ๐ข๐ฉ ๐ฃ๐ฆ๐ฃ๐ข๐ด ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ญ๐ช๐ต๐ฆ๐ณ๐ข๐ด๐ช ๐ฑ๐ฐ๐ญ๐ช๐ต๐ช๐ฌ, ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ญ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข๐จ๐ข๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฏ๐ข๐ด๐ช๐ฐ๐ฏ๐ข๐ญ๐ช๐ด๐ฎ๐ฆ