Referendum untuk apa, tanya Zahid Hamidi

PRESIDEN Umno, Ahmad Zahid Hamidi menolak gesaan agar diadakan referendum mengenai kerjasama politik parti itu dengan DAP.

Mengulas kenyataan ahli Majlis Kerja Tertinggi, Isham Jalil semalam, Timbalan Perdana Menteri itu berkata ia sesuatu yang tidak perlu.

“Referendum untuk apa?” katanya di Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, dua pemimpin Umno berkata parti itu mesti menjalani perubahan terlebih dahulu sebelum menyalahkan DAP sebagai punca ia tewas teruk pada pilihanraya negeri, baru-baru ini.

“Selesaikan masalah dalaman parti dahulu.

“Ini lebih penting dalam keadaaan sekarang.”