Tok Mat: We might go solo in next GE

UMNO deputy president Mohamad Hasan has indicated that the Malay nationalist party might part ways with the ruling Pakatan Harapan (PH) coalition depending on whether it can regain public support in the next few years.

Nicknamed Tok Mat, Mohamad said Umno is not bound by any agreement to partner with any specific party come the next election and had only agreed to join the current ruling coalition to form a government, Sinar Harian reported Saturday.

“Right now, we need a strong and solid government.

“Some say we will partner with PH, but if Pengerang, Kota Tinggi and Tenggara can give us victory in GE16, we’re not staying with them,” he was quoted as saying at the Tenggara Umno divisional meet in Dewan Sri Sayong in the Felda Sri Sayong Settlement near Kota Tinggi, Johor.

The next general election must be called by early 2028.

 

Tok Mat: Kita mungkin tanding solo PRU16

TIADA jaminan UMNO bersama mana-mana gabungan politik berdepan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) nanti.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, UMNO tidak terikat dengan sebarang parti untuk bergabung dalam PRU16.

“Kita hanya terikat dengan perjanjian untuk menubuhkan kerajaan bagi menguruskan negara.

“Ketika ini, kita perlukan kerajaan yang kuat dan mantap,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tenggara di Dewan Sri Sayong, Felda Sungai Sayong di sini, pada Sabtu.

Bagaimanapun, Mohamad tidak menolak perkara tersebut boleh diputuskan semasa PRU16 nanti berdasarkan kekuatan dan jumlah kerusi dimenangi UMNO.

“(Ada) yang kata kita akan gabung dengan PH (Pakatan Harapan), tengok PRU16, kalau (Parlimen) Pengerang, Kota Tinggi dan Tenggara boleh bagi (menang di kerusi tersebut), kita langgar,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Luar itu menjelaskan parti perlu lebih memahami kehendak orang muda yang kini menjadi pengundi baharu dan banyak menentukan keputusan PRU.