Jailani mesti bayar UMNO RM100 juta, kata Asyraf

ADUN Rembia di Melaka, Jailani Khamis mesti membayar RM100 juta kepada UMNO dan bukannya RM10 juta.

Setiausaha Agung, Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata inilah yang ditandatangani setiap calon UMNO/BN menjelang pilihan raya umum (PRU) dan pilihan raya negeri (PRN) lalu.

Membuat kenyataan umum bagi mengulas kemasukan Adun Rembia di Melaka, Muhammad Jailani Khamis, ke dalam PAS, Asyraf Wajdi berkata semua calon BN sudah menandatangani kontrak sebelum menerima watikah masing-masing.

Mereka itu, katanya, termasuklah Jailani yang menurunkan tandatangan sebelum bertanding dalam PRN Melaka pada 2021.

Selain itu, kata Asyraf Wajdi, semua calon BN juga menandatangani akuan bersumpah yang secara jelas menyatakan mereka akan meletakkan jawatan sebagai ahli parti dan wakil rakyat jika menyertai parti politik lain.