Sultan Ibrahim YDP Agong ke-17 Malaysia

DULI Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ditabalkan secara rassmi sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam acara penuh tradisi di Istana Negara, Sabtu lalu.

Berlangsung di Balairung Seri, istiadat pertabalan itu ialah pemasyhuran kepada seluruh dunia bahawa Sultan Ibrahim telah bersemayam di takhta sebagai Ketua Tertinggi Negara yang menggalas tanggungjawab menjadi payung mahkota menaungi rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun.

Istiadat penuh gilang-gemilang itu pastinya dinantikan oleh 34 juta rakyat Malaysia, selain menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa, sekali gus mempamerkan keunikan dan keutuhan warisan sistem Raja Berpelembagaan yang diamalkan Malaysia sejak mencapai kemerdekaan pada 1957.

Istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah itu juga menyempurnakan peruntukan Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan, selain bukti kesinambungan pemerintahan raja Melayu dengan sistem pelantikan Yang di-Pertuan Agong secara bergilir yang hanya diamalkan di Malaysia.

Sultan Ibrahim installed as Malaysia’s 17th King

HIS ROYAL Highness Sultan Ibrahim was today (Saturday) installed as Malaysia’s 17th King and Raja Zarith Sofea as the Queen.

The ceremony at Istana Negara was a symbol of monarchy democracy practised by the nation since long.

With cries of “Daulat Tuanku” (Long Live the King) ringing out nationwide, the historic ceremony not only marks a key moment in Malaysian history but also underscores the nation’s steadfast commitment to parliamentary democracy under a constitutional monarchy.

It was witnessed by 34 million Malaysians and the whole world.