Umno to sue Jailani for RM100 million

THE Umno supreme council has decided to initiate legal action against Rembia state assemblyman Muhammad Jailani Khamis for defecting and joining PAS.

The party’s secretary-general Dr Asyraf Wajdi Dusuki said the party will sue Jailani for RM100mil in compensation as stated in the agreement made.

“The Umno supreme council meeting today (July 31) has reviewed and decided to initiate legal action and demand RM100mil in compensation from the lawmaker who has gone against the party’s stance,” he told the press after the meeting at the Umno headquarters at Menara Dato Onn here on Wednesday night (July 31).

Among other matters brought up during the meeting included the party’s arrangements for the upcoming Nenggiri by-election, said Asyraf Wajdi.

“All members of the Umno supreme council will gather and coordinate the party and Barisan Nasional’s machinery in every polling district in Nenggiri in the by-election that will begin with nomination on Aug 3,” he said.

Asyraf Wajdi noted that the council also condemned the assassination of Hamas leader and political bureau chief Ismail Haniyeh in Tehran, Iran, on Tuesday (July 30).

UMNO akan saman Jailani RM100 juta

UMNO akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Adun Rembia, Muhammad Jailani Khamis bagi menuntut ganti rugi dan pampasan RM100 juta kerana berpaling tadah daripada parti itu.

Setiausaha Agung, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi malam ini.

“Mesyuarat telah mempertimbangkan dan bersetuju untuk memulakan tindakan undang-undang bagi menuntut ganti rugi dan pampasan sebanyak RM100 juta sebagaimana perjanjian yang dimeterai terhadap wakil rakyat yang telah meninggalkan dan membelakangi pendirian parti,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan di ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur.

Bulan lalu, Jailani yang digantung selama enam tahun daripada Umno, berkata dia mengambil keputusan itu selepas Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh memungkiri janji yang dibuat kepada rakyat dalam manifesto pilihan raya negeri 2021.

Asyraf turut menunjukkan salinan perjanjian yang ditandatangani Jailani, yang menetapkan semua wakil rakyat daripada parti itu mesti melepaskan keahlian mereka sekiranya menentang keputusan parti, dan membayar RM100 juta sebagai pampasan.