UMNO belum berjaya raih undi Melayu -Zahid

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui UMNO masih belum berjaya meraih semula sokongan masyarakat Melayu, pasca pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Presiden UMNO itu berkata keadaan itu berpunca daripada isu dan sentimen yang tidak ditangani secara baik kepemimpinan UMNO serta 18 parti yang bernaung di bawah Kerajaan Perpaduan.

Justeru, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, pendekatan baharu perlu dilakukan bagi menangani keadaan itu, terutama melalui komunikasi tanpa lisan dan platform bukan konvensional.

“Ya betul (UMNO belum berjaya meraih semula sokongan orang Melayu). Saya akui ia masih berada di tahap rendah. Sebab inilah saya merujuk kepada soal isu dan sentimen yang pada hemat saya ia belum ditangani secara baik.

“Dulu, tokoh yang memainkan peranan menghasut pun apabila berada dalam kerajaan, hasutan berkenaan tidak berapa menggigit.

“Justeru, pendekatan baru wajib dilakukan, terutama melalui komunikasi tanpa lisan,” kata Timbalan Perdana Menteri ketika wawancara khas sempena Perhimpunan Agung UMNO di sini, baru-baru ini.

UMNO pada November 2022, memuktamadkan keputusan menyokong untuk menyertai Kerajaan Perpaduan seperti dizahirkan Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Ia dicapai secara sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang turut mengambil maklum dan memperhalusi setiap butiran kedua-dua perbincangan dijalankan Jawatankuasa Perundingan BN bersama Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Ditanya sama ada kerjasama BN-PH membentuk Kerajaan Perpaduan mendorong penguncupan sokongan Melayu terhadap UMNO, Ahmad Zahid bagaimanapun menafikan perkara itu.

“Tidak timbul soal tak boleh kerjasama (BN-PH membentuk kerajaan Perpaduan) tetapi sebab itulah saya katakan tadi, maklumat dan penjelasan perlu pergi ke akar umbi.

“Dalam perkara ini (kerjasama UMNO dan Kerajaan Perpaduan), kita menggunakan saluran konvensional, maka cara itu tidak akan sampai (penjelasan ke akar umbi).

“Kalau kita guna pendekatan saluran media dalam talian dan medium komunikasi berbeza, maknanya media sosial yang cakupannya lebih luas dan ramai, patut diutamakan.

“Namun, kegagalan atau kelemahan kita adalah dari segi tidak menerokai sepenuhnya penggunaan pendekatan baharu ini. Inilah yang kita perlu lakukan,” kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan, gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan tidak mempersoalkan sebarang ketetapan mengenai sebarang isu membabitkan masyarakat Melayu.

“Umpamanya soal kedudukan Raja-raja Melayu, Islam sebagai agama Persekutuan, hak keistimewaan Melayu dan bahasa Malaysia, anda semua tidak tahu yang semua perkara ini kalau dibincangkan sekalipun dalam Kabinet, tiada bantahan daripada parti yang kononnya sangat tidak sukakan perkara ini.

“Ini realiti sebab kebetulan pemimpin parti berkenaan (DAP) duduk di sebelah kanan saya dalam mesyuarat Kabinet. Tidak pernah sekali pun (mereka persoalkan ketetapan mengenai perkara berkenaan.

“Ia hanyalah persepsi. Tidak ada (bantahan terhadap perkara berkenaan) sebab pihak lawan yang menjadi tukang cucuk supaya kita bergaduh. Sebenarnya tidak berlaku pun masalah itu, walaupun sekali,” katanya. – Berita Harian

 

 

 

Zahid: Umno fails to recapture Malay support

UMNO has yet to succeed in recapturing the Malay support after its entry into the Unity Government, said Dr Ahmad Zahid Hamidi.

The Umno president attributed it to issues and sentiments not properly managed by the party and 18 components in the government.

As such, the BN chairman suggested for a new approach being introduced and adopted by means of verbal technology and unconventional news platform.

“Yes, Umno is yet to recapture the Malay support. I admit its still very low, and that is why the sentiments and issues hovering must be attended to accordingly.

“Looking back, personalities who used to spew lies and slanders on Umno are now in the same government. As such, we need a new method in dealing with it,” he said in an interview in conjunction with Umno general assembly.

Umno had on November 22 pledged its support to join Pakatan Harapan in forming the Unity Government initiated by the 16th King.

As to whether its presence in the Unity Government is the main factor why the Malay support declined, Zahid refuted it.

“The question of BN-PH cooperation should not arise but we have to come up with clear and strong explanation to the Malays,” he said. – Berita Harian