Penggantungan Tajuddin Rahman ditarik balik

UMNO menarik semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Agungnya, Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam tadi.

“MKT sebulat suara untuk melepaskan dan menarik semula penggantungan keahlian Tajuddin sebagai Ahli Umno berkuat kuasa serta-merta selaras dengan Fasal 10.6 dan Fasal 5.3 Perlembagaan Umno,” katanya dalam kenyataan media selepas berakhir mesyuarat MKT Umno.

Mesyuarat dipengerusikan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu turut dihadiri Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Tajuddin sebelum ini digantung keahlian selama enam tahun bermula September 2022 kerana kesalahan mengkritik parti.

Susulan itu, beliau dilapor mengemukakan rayuan sebanyak empat kali, namun masih belum mendapat sebarang maklum balas daripada parti.

Pada Ogos lalu, Zahid dilaporkan berkata, permohonan menyemak semula penggantungan keahlian Tajuddin akan dibawa ke mesyuarat MKT.

Beliau dilaporkan berkata, beliau sendiri akan membawa perkara itu ke mesyuarat jawatankuasa pengurusan parti bagi mempertimbangkan nasib bekas Ahli Parlimen Pasir Salak.

Mengulas lanjut, Dr Asyraf berkata, mesyuarat MKT turut memaklumkan pelantikan Pengerusi Veteran Umno, Datuk Othman Desa sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi Dilantik.

Dalam pada itu, katanya, ahli mesyuarat sepakat meminta supaya segala usaha untuk memperkukuh dan mempereratkan lagi hubungan di kalangan parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk terus dipertingkatkan.

“MKT meminta supaya semua wakil Umno dalam Kerajaan Perpaduan sama ada yang memegang amanah parti dalam Jemaah Menteri mahupun agensi dan syarikat berkaitan kerajaan mesti terus meningkatkan prestasi kerja dengan cemerlang demi rakyat serta negara,” katanya.

Beliau berkata, Umno juga akan memulakan Sekolah Politik yang akan dibuka kepada semua rakyat bermula awal tahun hadapan memfokuskan kepada ilmu asas kenegaraan, perlembagaan, dinamika politik demokrasi, politik khidmat dan bakti kepada rakyat.

 

Umno revokes Tajuddin Rahman’s suspension

THE Umno supreme council has revoked the suspension of former Pasir Salak MP Tajuddin Abdul Rahman’s (pic) membership in Umno with immediate effect.

Umno Secretary-General Dr Asyraf Wajdi Dusuki, in a statement issued to the media after the Supreme Council meeting here on Monday (Nov 25) night, said the unanimous decision was made in accordance with Articles 10.6 and 5.3 of the party’s constitution.

“The Supreme Council unanimously decided to lift and revoke the suspension of Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman’s membership in Umno, effective immediately,” he said.

Tajuddin had previously been suspended for six years starting in September 2022 for criticising the party.

He was reported to have submitted four appeals but had yet to receive any feedback from the party.

Meanwhile, Asyraf Wajdi also announced the appointment of Umno Malaysia Veterans chairman Othman Desa as a member of the Umno supreme council.

“The Supreme Council congratulates Datuk Othman Desa on his appointment as a member,” he said.