LGE slams Umno rally with PN on January 6

BAGAN MP Lim Guan Eng has hit out at Umno for joining hands with PAS to hold a rally in solidarity with incarcerated former prime minister Najib Razak next week.

Lim, who is also DAP chairman, said this would raise doubts about Umno’s sincerity in being a partner in the unity government led by Prime Minister Anwar Ibrahim.

“Umno must be aware that any joint event with PAS, an opposition party, will also raise doubts about Umno’s own political stability and its position in the unity government,” he said in a press conference at Penang DAP’s headquarters here, joined by party veteran Lim Kit Siang.

Lim also took aim at Umno Youth chief Dr Akmal Saleh for questioning whether Anwar’s royal pardon in 2018 had gone through the pardons board.

He said Akmal was essentially questioning the authority of the king as well as Anwar’s legitimacy as an MP and prime minister.

“As a member of the unity government, such actions openly intend to challenge and even undermine the political stability of the unity government and the position of the prime minister.

“I ask that appropriate action be taken by the prime minister to rectify this situation in order to maintain the people’s confidence in the unity government,” he said.

PAS’s rally will be held on the same day that the Court of Appeal hears Najib’s application on a purported supplementary decree placing him under house arrest.

It would be Umno and PAS’s first time working together since their alliance under Muafakat Nasional ended in 2022.

Over 200 busloads of Najib’s supporters are expected to attend the rally, comprising Umno and PAS members. Bersatu leaders are also expected to be in attendance.

Amanah said it would not bar its members from attending the rally, but PKR’s Pasir Gudang MP Hassan Karim had urged his party colleagues against participating.

LGE selar perhimpunan 6 Januari UMNO dan PN

PENGERUSI DAP, Lim Guan Eng mengingatkan UMNO bahawa sebarang program bersama dengan parti pembangkang, Pas akan menimbulkan keraguan mengenai kestabilan politik dan kedudukan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.

Guan Eng berkata, ia termasuk perhimpunan solidariti atau demonstrasi.

“UMNO mesti sedar bahawa sebarang program bersama dengan parti pembangkang akan menimbulkan keraguan mengenai kestabilan politik dan kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.

“Ia juga akan menimbulkan kesan ke atas keyakinan rakyat mengenai keikhlasan UMNO yang menubuhkan Kerajaan Perpaduan di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, persetujuan UMNO dan Pas untuk mengadakan perhimpunan solidariti untuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga dilihat akan memberi kesan kepada kestabilan politik.

“UMNO dan Pas baru-baru ini bersetuju mengadakan perhimpunan setiakawan untuk Najib pada 6 Januari di Mahkamah Rayuan, Putrajaya.

“Ini kali pertama UMNO dan Pas bekerjasama sejak 2022 bila kedua-dua parti masih dalam Muafakat Nasional.

“Perhimpunan ini berlangsung serentak dengan pendengaran mengenai titah tambahan diraja yang berkemungkinan membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di rumah,” tambahnya.

Dalam pada itu, Guan Eng menambah, perhimpunan setiakawan yang disusuli dengan serangan peribadi Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilihat satu tindakan mempersoal kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Serangan itu dibuat terhadap prosedur yang diguna untuk Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong pada 16 Mei 2018 dengan menganugerahkan pengampunan penuh kepada Anwar pada masa itu.

“Pertikaian mengenai keabsahan pengampunan penuh Perdana Menteri sekali gus mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong serta keabsahan Anwar sebagai Ahli Parlimen dan Perana Menteri,” jelasnya.

Kata Guan Eng lagi, sebagai ahli Kerajaan Perpaduan, tindakan sedemikian secara terbuka berniat mencabar malah menggugat kestabilan politik Kerajaan Perpaduan dan kedudukan Perdana Menteri.

“Saya mohon agar tindakan yang sewajarnya dapat diambil oleh Anwar untuk membetulkan keadaan ini demi mengekalkan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Terdahulu, Dr Akmal mempertikaikan pengampunan Anwar selepas Pejabat Peguam Negara mengeluarkan kenyataan bahawa permohonan Najib untuk tahanan di rumah perlu melalui Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong sekarang.

Ini dipercayai bertujuan menangani isu titah tambahan oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, yang dikatakan membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara kes rasuah SRC International di rumah.