You are at your own risk, warns Zahid

BANGI, Sunday – Umno members are reminded not to participate in the rally in support of their former president Datuk Seri Najib Razak at the Palace of Justice in Putrajaya today, says party president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Members who still choose to attend the rally would have to bear the risk themselves, he said.

“If anyone attends the solidarity rally, we leave it to them to accept the risk,” the Deputy Prime Minister said.

“We also hope there are no organisers from any Umno divisions or branches officially involved in the rally,” he told reporters after launching Kuali Cafe@Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) here yesterday, reported Bernama.

At yesterday’s launch, Ahmad Zahid urged food stall and cafe operators at public universities to provide balanced and nutritious meals, rather than focusing solely on profit.

He also said the Menu Rahmah initiative needs to be continued in all universities to ensure that more students have access to affordable and healthy food options.

“I hope this effort extends beyond Universiti Kebangsaan Malaysia, with Menu Rahmah being offered at other campuses as well. Don’t just prioritise profits.

“This initiative brings blessings, including the prayers of students for providing nutritious and reasonably priced meals,” Ahmad Zahid was quoted as saying by Bernama.

Ahmad Zahid, who is also the Rural and Regional Development Minister, also emphasised the importance of food operators prioritising effective food waste management to prevent disruptions to the environmental ecosystem.

UKM vice-chancellor Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman, in a statement, expressed his hopes that the cafe would not only serve as a destination for enjoying delectable dishes with diverse menu options but also as a space for the university community to share experiences, create cherished memories and foster stronger friendships.

He added that the launch of the eatery is timely.

It aims to be a unifying destination for the UKM community, offering an array of enticing and flavourful meals to satisfy varied tastes.

 

Tanggung risiko sendiri, Zahid beri amaran

BANGI, Ahad – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti itu supaya tidak menyertai satu perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, mana-mana ahli yang masih mahu menyertai perhimpunan tersebut, perlu menanggung sendiri sebarang risiko yang akan dihadapi.

Kalau (ada) individu (yang hadir ke perhimpunan solidariti itu), kita serahkan kepada mereka untuk mengambil risiko (sendiri).

“Dalam hal itu, kita harap tidak ada penganjur-penganjur daripada mana-mana bahagian atau cawangan (UMNO) yang turut terlibat secara rasmi di perhimpunan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kuali Cafe@Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini semalam.

Pada 3 Januari, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan parti itu membatalkan satu perhimpunan bagi menyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan di Putrajaya.

Pembatalan itu dibuat selepas Istana Negara memaklumkan permohonan pengampunan atau pengurangan hukuman bagi mana-mana banduan hendaklah dikemukakan sendiri oleh banduan berkenaan untuk dipertimbangkan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed menerusi kenyataan hari ini berkata, tindakan tegas akan diambil ke atas individu yang menyertai perhimpunan berkenaan, kerana ia tidak mendapat kebenaran pemilik tanah sekali gus tidak mematuhi syarat-syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.

Mahkamah Rayuan menetapkan esok sebagai tarikh pendengaran rayuan bekas perdana menteri itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan Titah Adendum.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan oleh Najib bagi mengemukakan keterangan tambahan berhubung Titah Adendum yang dikatakan dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong terdahulu mengenai tahanan rumah.

Dalam pada itu, Barisan Nasional (BN) dalam kenyataan menempelak golongan oportunis yang cuba menangguk di air keruh dalam isu Najib.

“Ia langkah tidak bermoral menggunakan kesengsaraan Datuk Seri Mohd Najib yang pernah dihina dan difitnah di pentas propaganda politik mereka sendiri dan kini mereka mahu menggunakan peluang untuk membina momentum bagi mencapai matlamat politik mereka,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan BN berdiri teguh bersama Pengerusinya Ahmad Zahid yang mengemudi gabungan parti itu, dalam menghadapi keadaan semasa demi memelihara prinsip ketaatan kepada institusi Raja, kestabilan negara dan perpaduan rakyat serta keteguhan parti.

Menyepakati semangat bersama dalam BN, parti itu memaklumkan tiada perhimpunan dianjurkan di Istana Kehakiman Putrajaya esok.

“BN akur dengan titah saran Yang di-Pertuan Agong agar semua pihak menghormati kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong, untuk menggunakan saluran perundangan yang ditetapkan bagi mengemukakan proses permohonan rayuan terhadap bekas perdana menteri itu.

“BN tetap konsisten agar proses keadilan dan perundangan terhadap Datuk Seri Mohd Najib dilaksanakan dengan setulusnya,” menurut kenyataan itu. – Bernama