Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama

MENTERI Umno dalam kerajaan perpaduan bersedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi jika diperlukan memberi keterangan berkait titah adendum Najib Razak.

Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki, berkata parti yakin mahkamah tidak terikat dan adil bagi mengesahkan titah tersebut.

Umno yakin bahawa Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil untuk menilai keabsahan kewujudan titah adendum tersebut.

“Menteri-menteri yang mewakili Umno juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi kelak jika diperlukan untuk memberikan keterangan,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu dibuat selesai mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Jumaat lalu.

Katanya, Umno juga akan terus memohon ihsan dan perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bagi Najib diberikan pengampunan penuh dalam sabitan kes SRC International.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa menyangkal beliau menyembunyikan titah adendum berkait tahanan rumah bekas presiden Umno itu.

Katanya, Zaliha yang juga ahli Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan menjelaskan, beliau seperti ahli Jemaah Menteri tidak pernah melihat dokumen terbabit.
Pada Isnin, Najib yang juga bekas perdana menteri, memperoleh kebenaran Mahkamah Rayuan untuk memulakan prosiding semakan kehakiman, bagi memaksa kerajaan melaksanakan titah adendum oleh Yang di-Pertuan Agong terdahulu, membenarkannya menjalani baki pemenjaraan bawah tahanan rumah.

Beberapa pihak menuduh kerajaan sorok titah tersebut, selepas peguam Najib, Shafee Abdullah, mengemukakan kepada mahkamah surat daripada Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang yang mengesahkan kewujudan titah adendum itu.

 

Umno ministers to cooperate with High Court

UMNO ministers will give their cooperation to the High Court on the Addendum Order, if necessary, says Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Umno is confident that the High Court will act independently and fairly to assess the legality of the existence of the Addendum Order.

“Ministers representing Umno are also ready to cooperate with the High Court in the future if needed to give their statements,” said the party’s secretary-general on Friday (Jan 10) night.

He also said that, following the supreme council meeting, Umno would continue to seek for the Yang di-Pertuan Agong’s courtesy and approval for a full pardon for former prime minister Najib Razak.

“The party will continue to seek the courtesy and approval of His Majesty the Yang di-Pertuan Agong to grant a full pardon to Najib, in accordance with the prerogative powers under Article 42 (1) and (2) the Federal Constitution,” he said.

He added that the party also expressed its gratitude at the recent Court of Appeal decision to allow the former premier to initiate a judicial review over the sentence imposed on him in the SRC International Sdn Bhd trial.

“Umno, as the only party with defending the institution of the Malay Rulers enshrined in its constitution, will always place the highest priority and respect for His Majesty the King,” Asyraf Wajdi said.