AMK denies issuing hatred statement

ANGKATAN Muda KEADILAN (AMK) has denied issuing a statement to incite hatred among parties in the Unity Government, notably Umno and Keadilan.

A website on Wednesday published a statement deemed inciting the two parties.

AMK Information Bureau had yesterday issued a counter statement by saying there were certain parties trying to break the Unity Government apart.

“As such, we are requesting the portal to retract the news in 24 hours or legal actions will be taken against them,” AMK said.

The portal published what was a statement purportedly by AMK’s information chief Nabil Halimi that UMNO, with only 26 seats in the Parliament, will lose it all in the 16th general election, and that the Malays are losing trust in the party.

AMK nafi buat kenyataan hasut kebencian

ANGKATAN Muda KEADILAN (AMK) menafikan kenyataan dimuatnaik sebuah laman sesawang yang telah menimbulkan rasa benci sesama parti komponen Kerajaan Perpaduan iaitu Keadilan dan UMNO.

Sehubungan itu, Biro Penerangan AMK menerusi satu kenyataan mengecam tindakan yang berniat jahat tersebut bertujuan memecah-belahkan hubungan baik antara AMK dan Pemuda UMNO.

“Oleh yang demikian, pihak di sebalik laman portal itu diminta untuk menurunkan kandungan palsu tersebut dalam tempoh 24 jam atau tindakan undang-undang akan diambil,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, menerusi satu tangkap layar laman sesawang itu telah memuat naik satu kenyataan yang kononnya memetik Ketua Penerangan AMK iaitu Nabil Halimi.

Kenyataan palsu itu mendakwa bahawa: “UMNO hanya tinggal 26 kerusi di Dewan Rakyat, saya fikir UMNO akan hilang semua kerusinya.

“Orang Melayu sudah hilang kepercayaan kepada UMNO dan mula beralih kepada PKR.

“Kami masih beri peluang kepada UMNO agar segera menghentikan desakan membebaskan penjenayah kleptokrat sebelum kami hilang sabar,” kata kenyataan palsu itu.