Puteri age limit to 40 under review

UMNO is proposing changes to its party election methods and increasing the age limit for members of its Puteri (young women’s) wing to 40 years from the current 35.

Party vice president Mohamed Khaled Nordin said the proposal has been presented at state and division level across the country for discussion and fine-tuning.

He added that the Umno central committee would review feedback and recommendations submitted by state and division leaders.

“In strengthening the party, Umno is always open to considering any proposals submitted through motions”This includes a proposal to raise the age limit for Puteri Umno members to 40 years and to change the method of electing Umno’s top leadership.

“These efforts aim to ensure the party remains strong and resilient, particularly in addressing challenges and meeting current political needs,” he said in a statement on Facebook on Monday (Jan 27).

Under the party’s current constitution, the maximum age limit for ordinary members of Puteri Umno is 35, while the chief can serve until 40.

 

 

 

Had umur Puteri kepada 40 tahun sedang dikaji

UMNO bercadang mengubah kaedah pemilihan parti dan menaikkan had umur anggota sayap Puteri kepada sehingga 40 tahun berbanding maksimum 35 tahun sekarang.

Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, cadangan berkenaan juga sudah dibawa ke peringkat negeri dan bahagian UMNO di seluruh negara untuk dibincangkan serta diperhalusi secara mendalam.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Perlembagaan dan Keahlian parti itu berkata, UMNO Pusat akan meneliti pandangan serta syor dikemukakan oleh pemimpin parti di peringkat negeri dan bahagian.

“Dalam memperkasakan parti, UMNO sentiasa terbuka meneliti sebarang cadangan melalui usul yang dikemukakan. Ini termasuklah cadangan menaikkan had umur Puteri UMNO kepada 40 tahun dan mengubah kaedah pemilihan pucuk pimpinan UMNO.

“Segala usaha penambahbaikan seumpama ini sudah tentunya bagi melihat parti terus kuat dan kukuh, khususnya dalam mendepani cabaran dan memenuhi keperluan politik semasa,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebooknya.

Mohamed Khaled berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama barisan kepimpinan UMNO Negeri Sembilan di Seremban.

Untuk rekod, mengikut perlembagaan parti sedia ada had umur maksimum anggota Puteri UMNO ialah 35 tahun manakala Ketua Puteri dibolehkan mencecah 40 tahun.