Zahid, Mat Sabu to resolve fishermen issue

DEPUTY Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi will meet with Indonesia’s maritime affairs and fisheries minister to address the long-standing issue of Malaysian fishermen being detained in Indonesian waters.

Zahid, who previously held the portfolios of defence and home affairs minister, acknowledged the struggles faced by fishermen, including boat seizures, equipment confiscations, and even imprisonment.

“There have been cases where fishermen, along with their boats, were taken into neighbouring waters, arrested, imprisoned, their boats burned, nets confiscated, and equipment seized — I know this.”

Zahid said this in his speech at an engagement session with the West Coast Zone Fishing Community at Dewan Dato’ Lope Hashim in Bagan Datuk, yesterday.

Also present was Agriculture and Food Security Minister Mohamad Sabu.

To resolve the matter, Zahid said he and Mohamad will visit Indonesia to engage in direct discussions.

“I have done this before. During the Sungai Besar by-election, seven of our fishermen were detained and imprisoned. At that time, I sought assistance from my friends in Indonesia to help secure their release.

“We also know that certain operations are carried out by specific parties in respective countries to meet their targets — determining how, how many, and where these fishermen must be taken.

“I believe fishermen from Selangor, Negri Sembilan, and other places face similar challenges, and I will work to resolve this,” he said.

In addition to diplomatic efforts, Zahid urged the government to provide better support for fishermen by modernising their equipment.

He proposed that the Agriculture and Food Security Ministry, through its agencies and financial institutions, introduce a leasing scheme to help fishermen acquire advanced technology such as smart sonar, integrated GPS, and marine surveillance drones.

“Not all fishermen and boat owners are wealthy. I hope the ministry can assist in ensuring that modern technologies are implemented to increase fishing efficiency.

“Conventional methods should no longer be prioritised,” he said, calling on financial institutions, including those under the Entrepreneur and Cooperative Development Ministry, to facilitate a lease-to-own scheme for fishermen.”

 

Isu nelayan: Zahid, Mat Sabu akan ke Jakarta

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan bertemu Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia bagi mencari penyelesaian tindakan penguatkuasaan yang disifatkan terlalu tegas terhadap nelayan negara ini yang didapati berada dalam perairan Indonesia.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pada pertemuan itu, beliau akan disertai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, bagi memperhalusi bentuk penguatkuasaan kepada nelayan, terutamanya membabitkan tindakan sitaan atau rampasan peralatan.

“Ada nelayan (ketika ditahan) berada di perairan kita atau perairan antarabangsa. Saya tahu kerana pernah jadi Menteri Pertahanan dan Menteri Dalam Negeri.

“Saya tahu, ada nelayan (Malaysia) apabila botnya dibawa ke perairan negara jiran dan ditangkap, mereka dipenjara, selain bot dibakar, jaring serta semua peralatan diambil.

“Saya dengan Menteri KPKM akan ke Indonesia dan selesaikan masalah ini dengan negara berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Libat Urus Bersama Komuniti Nelayan Zon Pantai Barat di Dewan Dato’ Lope Hashim, di Bagan Datuk, semalam.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Seri Isham Ishak; dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, berkata isu penangkapan nelayan tempatan di Indonesia pernah diselesaikan beliau pada Jun 2016 apabila ketika itu seramai tujuh nelayan Malaysia ditahan dan dipenjarakan di Indonesia.

“Saya pernah lakukannya ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar (pada Jun 2016) yang mana tujuh nelayan kita ditahan dan dipenjara, ketika itu saya minta sahabat saya dari Indonesia untuk bantu.

“Kita tahu bahawa ada operasi-operasi tertentu yang dibuat di perairan berkenaan untuk mencapai sasaran bagaimana, berapa dan di mana nelayan itu nanti akan dibawa.

“Insya-Allah, kami yakin Datuk Seri Mohamad Sabu yang lebih berpengalaman, akan berjumpa dengan Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia untuk menyelesaikan masalah ini, dan saya akan bantu,” katanya.

Difahamkan, pencerobohan nelayan asing secara berterusan, menggugat periuk nasi nelayan tempatan apabila setiap tahun lebih 150 hingga 200 bot nelayan asing dikesan menceroboh perairan Malaysia dengan menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), dianggarkan lebih RM6 bilion hasil laut Malaysia dicuri oleh nelayan asing setiap tahun.

Hal berkenaan juga terkait dengan isu keselamatan apabila terdapat nelayan tempatan semakin bimbang dengan laporan bahawa kumpulan jenayah bersenjata dari negara luar menggunakan kapal nelayan sebagai penyamaran untuk aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan.

Bulan lalu, media tempatan melaporkan APMM negeri Perak menerima lapan aduan berkaitan vesel atau bot nelayan tempatan yang ditahan penguat kuasa Indonesia bagi tempoh Januari 2023 hingga bulan lalu, dengan terdapat enam kes dicatatkan pada tahun 2024 yang membabitkan penahanan pihak berkuasa Indonesia ke atas bot berasal dari Hutan Melintang.