UMNO tiada kaitan dengan kes bekas PM

UMNO tidak ada kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di rumah individu yang terkait dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Wira Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, pimpinan parti memandang serius sebarang cubaan mengaitkan UMNO dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Tambahnya lagi, pihak berkuasa perlu diberi ruang untuk menjalankan siasatan secara telus, bebas, dan adil tanpa sebarang gangguan.
“UMNO menegaskan bahawa parti ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan tersebut, dan berpendirian bahawa SPRM harus diberikan ruang untuk menjalankan siasatan secara telus, bebas, dan adil.
“UMNO juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang secara sengaja mengaitkan, menuduh, atau mencipta persepsi bahawa parti ini mempunyai hubungan dengan kes yang sedang disiasat,” katanya lagi.
Terdahulu media melaporkan penemuan wang tunai RM170 juta dengan pelbagai mata wang serta jongkong emas di sebuah kondominium di ibu negara yang dijadikan ‘safe house’ oleh pembantu kepada bekas Perdana Menteri berkenaan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, barang rampasan itu ditemui di tiga peti besi kediaman terbabit. Susulan penemuan tersebut, Azam berkata, Ismail Sabri akan dipanggil untuk dirakam keterangan sebagai seorang suspek, bukan saksi.
“Dalam hal ini, saya boleh katakan beliau adalah seorang suspek. Ini kerana beliau telah diarah membuat pengisytiharan harta di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009.
“Kedua, bila terjumpa wang-wang ini, beliau (Ismail Sabri) antara yang dikaitkan, jadi kita perlu dapatkan penjelasan daripada beliau mengenai penemuan wang ini,” katanya kepada sidang media pada Isnin lepas.
SPRM memberitahu, pada 11 Disember lalu, Ismail Sabri diarah mengisytiharkan harta mengikut Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 dan arahan itu dipatuhi pada 10 Februari lalu. Tambahnya lagi, siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti ketika beliau menerajui negara.

Umno’s ‘no hand’ in former PM investigation

UMNO has denied any connection to the Malaysian Anti-Corruption Commission’s (MACC) investigation into former prime minister Ismail Sabri Yaakob, which has so far led to the seizure of RM170 million in cash and gold bars.

Umno secretary-general Asyraf Wajdi Dusuki said the party takes seriously any attempt to link it to the case, stressing that the MACC should be allowed to conduct its probe transparently and independently.

“Umno has no involvement in the discovery of the seized items and firmly believes that the MACC must be given the space to carry out its investigation in a fair and unhindered manner,” he said in a statement Thursday.

He also warned that Umno would not hesitate to pursue legal action against any party that deliberately associates the party with the case or creates misleading perceptions about its involvement.

The statement comes amid a high-profile corruption investigation into Ismail Sabri.

The MACC confirmed on March 2 that it was probing the former premier over corruption and money laundering allegations, with investigators raiding multiple locations and confiscating large sums of cash, gold, and luxury items.

On March 3, MACC chief commissioner Azam Baki confirmed that Ismail Sabri is a suspect in the probe, and the former prime minister was subsequently summoned to provide a statement on March 5.

Prime Minister Anwar Ibrahim today said he welcomes tip-offs regarding any minister’s alleged misconduct but stressed that due process must be followed in Ismail Sabri’s case.

Authorities have yet to disclose further details about the investigation.