Ismail Sabri denies 13 MPs withdraw support

FORMER Prime Minister Ismail Sabri Yaakob has denied allegations that he and 13 Umno MPs have withdrawn their support for the unity government.

Responding to the claims circulating on social media, the Bera MP dismissed them as an attempt to tarnish his image, sow discord, and breed distrust among Barisan Nasional MPs.

He said he initially chose to ignore the allegations but decided to address them after seeing them repeatedly shared through posts and videos.

“I believe there may be ill intentions behind spreading such claims, especially against me, as they damage my reputation, even though I have always maintained my commitment to Umno,” he was quoted by Sinar Harian as saying.

The former Umno vice-president emphasised that the BN MPs’ unwavering support for the government was evident in actions such as the vote of confidence for Anwar Ibrahim’s administration.

“When the motion was first tabled, all 30 BN MPs fully backed it. Every time a bill is presented, we have consistently supported it,” he said, hoping his statement would put an end to such speculation.

On March 17, BN secretary-general Zambry Abdul Kadir also denied claims that 14 Umno MPs had withdrawn support from the unity government, calling it an attempt to undermine unity among government MPs.

 

Ismail Sabri nafi 13 MP BN tarik sokongan

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan sekeras-kerasnya telah menarik diri dari Kerajaan Perpaduan susulan dakwaan beliau bersama 13 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lain menarik sokongan seperti yang tersebar di media sosial baru-baru ini.
Menurutnya, sokongan penuh terus diberikan terhadap kerajaan dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sebenarnya cerita ini sudah lama dan pada peringkat awal saya tidak mahu layan kerana perkara tersebut tidak benar tapi ia berterusan melalui tulisan dan video.
Jadi akhirnya hari ini (Sabtu) saya terpanggil untuk menjawab, perkara ini tidak benar kononnya sudah pun keluar tapi sebenarnya tiada siapa keluar UMNO atau BN (Barisan Nasional) sebaliknya kita kekal dalam kerajaan,” katanya kepada Sinar Ahad.
Ahli Parlimen Bera itu juga menyifatkan kemungkinan ada niat tidak baik serta fitnah yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu terhadap 13 ahli Parlimen lain khususnya terhadap dirinya.
“Saya anggap mungkin ada niat kurang baik bila ada sebarkan cerita sebegini terutamanya terhadap saya sendiri dan ia merosakkan imej saya sedangkan saya selalu katakan tetap bersama UMNO.
“Ia juga merupakan fitnah yang cuba memecahbelahkan hubungan kami serta menimbulkan kesangsian sesama Ahli Parlimen BN,” ujar beliau.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, sokongan penuh Ahli Parlimen BN dapat dilihat menerusi beberapa tindakan yang telah diambil seperti undi usul percaya terhadap kerajaan sedia ada.
“Apabila dibentangkan pada peringkat awal dulu, seluruh 30 Ahli Parlimen BN menyokong penuh usul yang dibawa dan setiap kali rang-rang undang dibawa, kita sokong sepenuhnya.”
Tegas Ismail Sabri, dengan penafian yang dibuat, beliau dapat menamatkan segera sebarang desas-desus tersebut dan kesemua yang terlibat meneruskan sokongan penuh terhadap kerajaan sedia ada.
Sebelum ini, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Kadir pada 17 Mac lalu juga menafikan sebarang dakwaan mengenai usaha untuk menggugat perpaduan dalam kalangan ahli Parlimen parti itu.
Menurutnya, segala perkembangan politik semasa sudah dalam pengetahuannya, dan beliau menegaskan bahawa sebarang spekulasi yang timbul hanyalah permainan pihak tertentu yang mempunyai kepentingan tersendiri.