Trustee refuses to hand over Umno asset – Zahid

UMNO confirmed that an individual who is a trustee for a plot of land in Kuala Lumpur still refuses to sign a release document even after the other trustees have done so.

This concerns a 9,723 square metre (0.97 hectare) plot of land that Umno seeks to transfer into its ownership.

Party president Ahmad Zahid Hamidi said individuals appointed as trustees still refused to sign the release letter because there were no longer Umno members and not even a part of the government,

“There is one person who refuses to do so,” he said today.

Umno yesterday has filed an originating summons seeking a court declaration to transfer ownership of a 9,723-square-metre parcel of land in the capital to the party.

The action was initiated by Umno’s executive secretary, Mohd Sumali Reduan, through Messrs Hafarizam Wan & Aisha Mubarak at the High Court here on March 6, naming the Registrar of the Federal Territory Land and Mines Office as the defendant.

Umno’s counsel Nor Hazira Abu Haiyan confirmed that during case management before High Court deputy registrar Nur Shasha Hidayah Nor Azahar today, the court fixed May 2 for the next case management.

The party is seeking an order for the transfer of ownership of Grant 78154, Lot 40, Section 51, Kuala Lumpur, currently registered under the names of the trustees, the late Tun Daim Zainuddin, Tun Musa Hitam, Tun Dr Mahathir Mohamad and the late Tan Sri Sanusi Junid to Umno according to Clause 27.1 of the United Malays National Organisation Constitution and Section 9 of the Societies Act 1966.

Umno is also seeking an order compelling the Registrar of Titles or the Federal Territory Land Administrator to execute the order by endorsing a memorial on the title document.

According to the supporting affidavit, Mohd Sumali stated that based on the Schedule 17 Form, an application for consent to transfer ownership of the said land dated Oct 27, 2015, which an attached Statutory Declaration dated Oct 22, 2015, was confirmed and signed by the four trustees concerned.

“Two of the trustees, Sanusi and Daim, have since passed away. Sanusi on March 9, 2018, and Daim on Nov 13, 2024. Daim’s passing is a matter of public knowledge, as it was widely reported on platforms both offline and online,” he said.

Sumali further stated that the Umno office bearers, namely the president, deputy president, and secretary-general, had agreed via a Statutory Declaration dated Dec 10, 2015, to re-register the said property to the party.

He added that through a letter dated Dec 28, 2015, from the Federal Territory Land and Mines Director’s Office, the Federal Territory Kuala Lumpur Land Working Committee had approved the transfer of ownership from the trustees to Umno.

“However, when Form 14A dated April 25, 2016, for executing the transfer was submitted by Umno’s legal counsel to the Federal Territory Land and Mines Office in Kuala Lumpur, the application was rejected on May 18, 2017, on the grounds that the names stated on the land title did not match the names on the identity cards,” he said.

 

 

Dia enggan lepas aset UMNO – Zahid Hamidi

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan bahawa seorang individu yang sebelum ini dilantik sebagai pemegang amanah aset parti masih enggan menandatangani dokumen pelepasan tanggungjawab, walaupun tiga pemegang amanah lain telah berbuat demikian.

Menurut beliau, individu tersebut tidak lagi menganggotai UMNO dan juga bukan lagi sebahagian daripada kerajaan, justeru sepatutnya melepaskan peranan itu.

“Ada seorang individu tidak melepaskan tanggungjawab kepada parti yang tidak lagi dianggotainya. Tiga pemegang amanah lain telah tandatangan dokumen pelepasan, namun beliau masih enggan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi menjawab soalan mengenai tindakan UMNO memfailkan saman pemula bagi mendapatkan pengisytiharan supaya sebidang tanah di ibu kota berkeluasan 9,723 meter persegi yang dipindah milik kepada parti politik berkenaan.

UMNO semalam memfailkan saman pemula bagi mendapatkan pengisytiharan supaya sebidang tanah di ibu kota berkeluasan 9,723 meter persegi dipindah milik kepada parti politik berkenaan.

Peguam Nor Hazira Abu Haiyan yang mewakili UMNO ketika dihubungi berkata pada pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Nur Shasha Hidayah Nor Azahar hari ini, mahkamah menetapkan 2 Mei untuk pengurusan kes selanjutnya.

Dalam saman itu, UMNO memohon satu perintah bahawa pemilik geran 78154, Lot 40 Seksyen 51, Bandar Kuala Lumpur yang didaftarkan atas nama pemegang-pemegang amanah iaitu Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Tun Musa Hitam, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid dipindahkan kepada UMNO mengikut Fasal 27.1 Perlembagaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dan Seksyen 9 Akta Pertubuhan 1966.

Selain itu, UMNO memohon Pendaftar Hakmilik Wilayah Persekutuan atau Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan melaksanakan perintah tersebut dengan membuat memorial di dalam dokumen hak milik.
Berdasarkan afidavit sokongan, Mohd Sumali berkata berdasarkan kepada Borang Jadual 17, permohonan kebenaran untuk pindah milik tanah bertarikh 27 Okt 2015 bagi hartanah itu yang disertakan dengan Surat Akuan bertarikh 22 Okt 2015 disahkan serta ditandatangani oleh empat pemimpin terbabit.
“Dua pemegang amanah telah meninggal dunia iaitu Sanusi pada 9 Mac 2018 dan Daim pada 13 Nov 2024. Kematian Daim telah diketahui umum berikutan penyebaran berita tersebut di pelbagai platform sama ada luar talian mahupun dalam talian termasuk media sosial, portal berita, surat khabar, radio dan televisyen,” katanya.
Menurut Mohd Sumali, pemegang jawatan UMNO yang terdiri daripada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung UMNO telah bersetuju melalui Surat Akuan bertarikh 10 Dis 2015 untuk mendaftar semula hartanah tersebut daripada pemegang-pemegang amanah terdahulu kepada parti itu.
Mohd Sumali berkata melalui surat bertarikh 28 Dis 2015 daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Kerja TanahWilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah meluluskan untuk kebenaran pindah milik daripada Pemegang-pemegang Amanah tersebut kepada UMNO.
“Bagaimanapun, ketika proses untuk pindah milik melalui Borang 14A bertarikh 25 April 2016 dilakukan dan diserahkan oleh peguam plaintif (UMNO) kepada Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGKL), permohonan Borang 14A tersebut telah ditolak pada 18 Mei 2017 atas alasan nama seperti di dalam geran hartanah adalah tidak sama seperti dalam kad pengenalan,” katanya.