No urgency for Cabinet reshuffle, says PM

PRIME Minister Anwar Ibrahim said on Sunday there is no urgency to carry out a Cabinet reshuffle at this time, as the government remains functional despite the resignations of two ministers.

“There is no urgency for a reshuffle now. Two ministers have resigned, (and) we’re giving them time to reflect on what they want to do.

“Now they are on leave. I already approved their leave. I don’t think we should preempt (anything),” he told reporters at the Kuala Lumpur International Book Fair at the World Trade Centre Kuala Lumpur.

Anwar said the Cabinet continues to operate as usual and that temporary arrangements will be made to ensure continuity in governance.

On May 28, Economy Minister Rafizi Ramli and Natural Resources and Environmental Sustainability Minister Nik Nazmi Nik Ahmad announced they would resign, effective June 17 and July 4, respectively.

“In the next Cabinet meeting, I will ask (other) ministers to cover (the portfolios of the Economy Ministry and the Natural Resources and Environmental Sustainability Ministry),” he said.

At the same time, the prime minister said he has instructed the secretaries-general of both ministries to continue carrying out their responsibilities.

“All secretary-generals have been asked to continue (their duties), because we are in the midst of serious negotiations… Asean, Gulf Cooperation Council (GCC), China and the United States, including over (US President) Donald Trump’s tariff proposals,” he added.

Rafizi and Nik Nazmi were defeated in the Keadilan elections held last month.

Rafizi lost the Keadilan deputy president post to Nurul Izzah Anwar, while Nik Nazmi lost the contest for vice-president.

After their resignations, the Prime Minister’s Office (PMO) said in a statement that Anwar had received letters from both ministers requesting leave and to step down from their Cabinet positions.

The PMO said Anwar had approved their leave applications, and that any further decisions regarding their resignations would be announced in due course.

 

Tiada keperluan mendesak rombak Kabinet – PM

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiada keperluan mendesak untuk melakukan rombakan Kabinet buat masa ini.

Anwar berkata kerajaan kekal berfungsi walaupun dua menteri meletakkan jawatan baru-baru ini.

“Tiada keperluan mendesak untuk rombakan sekarang. Dua menteri sudah letak jawatan, (dan) kami memberikan masa kepada mereka untuk memikirkan apa yang mereka mahu lakukan.

“Kini mereka sedang bercuti. Saya sudah luluskan permohonan cuti mereka. Saya rasa kita tidak perlu buat andaian,” kata beliau kepada pemberita pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 (PBAKL 2025) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini semalam.

Anwar berkata Kabinet terus berfungsi seperti biasa, dan aturan sementara akan dibuat untuk memastikan kesinambungan tadbir urus.

Pada 28 Mei lepas, Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan bahawa mereka telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, dan mula bercuti.

Peletakan jawatan Rafizi dan Nik Nazmi masing-masing berkuat kuasa pada 17 Jun dan 4 Julai ini.

“Pada (mesyuarat) Kabinet akan datang, saya akan minta menteri (lain) untuk menggantikan sementara (Nik Nazmi dan Rafizi),” kata Anwar.

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata beliau akan meminta ketua setiausaha dua kementeriain berkenaan untuk terus menjalankan tugas masing-masing.

“Semua ketua setiausaha diminta untuk meneruskan tugas mereka, kerana kita berada dalam rundingan yang serius … ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk, China dan Amerika Syarikat (AS), termasuk cadangan tarif (Presiden AS) Donald Trump,” kata beliau.

Rafizi dan Nik Nazmi kalah pada pemilihan PKR 2025 bulan lepas.

Rafizi gagal mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR apabila tewas kepada Nurul Izzah Anwar manakala Nik Nazmi kecundang dalam perebutan jawatan Naib Presiden.

Susulan peletakan jawatan itu, Pejabat Perdana Menteri (PMO) memaklumkan dalam kenyataan bahawa Perdana Menteri telah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran sebagai anggota Kabinet daripada kedua-dua menteri.

PMO menyatakan Anwar bersetuju meluluskan permohonan cuti berkenaan dan sebarang keputusan lanjut terkait perkara ini akan dimaklumkan kemudian.