‘We will sit down with MB for 16th GE’

SELANGOR Umno is willing to sit down with Pakatan Harapan (PH) to form a political cooperation for the 16th general election.

Its liasion chief Megat Zulkarnain Omardin said the matter will be discussed together with Selangor Menteri Besar Amirudin Shari before the 15th Parliament session ends.

“We will sit down with (Datuk Seri) Amirudin, finding the established by for the general election,” he said in Shah Alam yesterday.

Megat also said that Selangor Umno is still consistent with party president Ahmad Zahid Hamidi’s stand that the Unity Government must be retained until the next general election.

 

 

‘Kita sedia runding dengan MB pada PRU16’

BADAN Perhubungan UMNO Selangor sedia berunding dengan Pakatan Harapan (PH) dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), termasuk kerjasama politik dan pembahagian kerusi di negeri itu.

Pengerusinya, Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, perkara itu hanya akan dibincang bersama Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum penggal ke-15 Parlimen berakhir.

“Saya di Badan Perhubungan UMNO Selangor akan berbincang dengan Datuk Seri Amirudin, kita akan lihat established by, bila PRU baru berbincang,” katanya kepada pemberita, di Shah Alam, semalam.

Terdahulu beliau hadir pada majlis Perasmian Perwakilan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO Selangor 2025 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Megat Zulkarnain berkata, setakat ini UMNO Selangor masih konsisten dengan pendirian presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk memastikan Kerajaan Perpaduan kekal sehingga PRU16.

“Itu yang selalu disebut oleh Presiden UMNO supaya perpaduan tidak digugat,” katanya.