Baik bagi UMNO terus kekal dalam kerajaan

TIMBALAN Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tindakan UMNO yang kekal berada dalam kerajaan merupakan langkah strategik yang membolehkan parti itu terus memperjuangkan agenda Melayu dan Bumiputera.

Mohamad berkata agenda itu giat dilaksanakan kepimpinan tertinggi UMNO termasuk Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menerajui pelaksanaan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), walaupun bidang tersebut lazimnya terletak di bawah tanggungjawab Kementerian Sumber Manusia.

“Ramai tanya, kenapa kita tak keluar saja daripada kerajaan sekarang? Kalau kita keluar sekarang, dalam dua jam sahaja akan ada parti lain ambil tempat kita dan kita tak mahu jadi tukang sorak di luar, lebih baik kita berada dalam kerajaan, kita boleh buat agenda baharu, kita buat agenda, ubah sesuai dengan zaman.

“Contohnya TVET, kita ambil alih kerana ramai anak Melayu tercicir, bukan sebab gagal peperiksaan, tetapi kerana tidak ambil peperiksaan langsung, jadi kita perlu cipta satu landasan baharu untuk mereka sebab itu kita wujudkan Dasar TVET Negara, Dasar Tahfiz Negara dan pelbagai lagi,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras Empat Peringkat Tahun 2025 di Dewan Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel, di Kuala Lumpur, semalam (Ahad).

Mohamad berkata UMNO juga sedang giat memperkukuh parti dengan pendekatan yang lebih realistik bagi menghadapi landskap politik semasa yang semakin kompleks dan dinamik dengan memberi fokus kepada kerjasama strategik dan pemetaan kawasan yang boleh dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) kelak.

“Kita masih dalam keadaan memperkasakan parti, mengkuatkan ‘badan’ kerana kita lemas pada 2022 dan dinamika politik sekarang tidak boleh rigid lagi kerana seluruh dunia tidak ada satu parti tunggal yang boleh menubuhkan kerajaan, carilah mana parti, carilah mana negara, tak ada lagi dah zaman atau era satu parti dapat menubuhkan kerajaan secara sendiri, ia dah tamat.

“Maka apa cara kita? Itu sebabnya kita sekarang sedang meneliti kawasan mana yang boleh kita jadikan sebagai kawasan yang boleh menang walaupun betul kita ada 192 bahagian tetapi kita mesti menggunakan politik yang realistik, jangan politik idealisme kerana ia akan mengkhayalkan kita, akan menghanyutkan kita,” katanya.

Beliau turut menzahirkan rasa bangga dengan keadaan dalaman UMNO yang menurutnya kekal harmoni dan stabil.

 

Better for Umno be part of the government

UMNO will remain in the federal government to continue championing the Malay and Bumiputera agenda, said party deputy president Mohamad Hasan.

He described the decision as a strategic move, warning that exiting the government would simply allow another party to take its place.

“If we leave, another party will fill the gap within two hours. We don’t want to be spectators on the sidelines. It is better to be in government, where we can drive new agendas suited to today’s realities,” he said.

Mohamad, who is also the Member of Parliament for Rembau, was speaking after officiating the Cheras Umno division delegates meeting here on Sunday.

He cited Technical and Vocational Education and Training (TVET) as one of the party’s key focus areas.

Although the portfolio is traditionally under the Human Resources Ministry, he said Umno president Ahmad Zahid Hamidi had taken the lead in addressing gaps, particularly affecting Malay youths.

“Many are not dropping out because they failed exams, but because they never sat for them. That’s why we introduced the National TVET Policy, the National Tahfiz Policy and several other initiatives,” he said.

Mohamad added that Umno was undertaking internal reforms to adapt to a shifting political landscape, following setbacks in the 2022 general election.

“The political reality now is that no party, anywhere in the world, can govern alone. That era has ended.

“We must be realistic. Although we have 192 divisions, our strategy should focus on constituencies we can win. Political idealism can be misleading and dangerous,” he said.

He also expressed pride in Umno’s internal unity, saying it was one of the few stable parties in the country.

“No one will support a party that’s in disarray. We must maintain harmony and project ourselves as a moderate, peaceful force,” he added. — Bernama