“Saya amat menghargai jasa beliau. Jadi, berhentilah bertanya apa rancangan saya untuk membantu beliau.
“Saya tahu apa yang perlu dibuat. Yakinlah dengan saya. Jangan terlalu menekan,” katanya di perasmian mesyuarat perwakilan bahagian Selayang, hari ini.
Zahid berkata demikian sehari selepas UMNO merayu Yang di-Pertuan Agong agar mengizinkan Najib dikenakan tahanan rumah berikutan pengesahan Peguam Negara mengenai wujudnya adendum mengenainya.
Mahkamah Persekutuan dimaklumkan pada 9 Julai bahawa Peguam Negara Dusuki Mokhtar mengesahkan kewujudan adendum itu minggu sebelumnya tetapi meragui ketulenannya.
Adendum itu adalah keputusan Lembaga Pengampunan pada awal Februari tahun lalu yang turut mengurangkan separuh hukuman penjara 12 tahun ke atas Najib serta mengurangkan dendanya daripada RM210 juta kepada RM50 juta.