Bagaimanapun, Bung berkata keputusan menarik sokongan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor pada Januari 2023 bukanlah keputusannya seorang tetapi sebahagian besar pemimpin UMNO Sabah.
“Kita hormati keputusan itu tetapi kita bukan buat keputusan yang salah,” kata Bung, sambil menuduh beberapa pihak di media yang cuba memutarbelitkan isu itu.
“Biar saya jelaskan, UMNO Sabah tetap bersatu dan bersedia menghadapi pilihanraya negeri akan datang.”
Bung dan Rahman berselisih pendapat dalam banyak isu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, termasuk apabila Rahman menjemput Hajiji ke mesyuarat bahagiannya yang turut dihadiri presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, tahun lalu.
Mac lalu, mereka perang mulut sekali lagi berkenaan kawasan di mana Rahman akan bertanding kelak.