Puad sangkal wujudnya rundingan UMNO-PN

AHLI Majlis Kerja Tertinggi, Puad Zarkashi semalam menyangkal wujudnya rundingan pintu belakang atau ‘tebuk atap’ di antara UMNO dan Perikatan Nasional bagi menubuhkan kerajaan baharu.
Katanya, timbalan presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Mat yang mendakwa memulakan usaha rundingan dengan satu pihak dalam UMNO dengan menawarkan jawatan perdana menteri jika rancangan itu berjaya.

“Rancangan itu tidak pernah dibawa ke pengetahuan MKT. Jika ada pun, saya orang pertama yang akan membantahnya,” katanya.

Kenyataan Puad itu adalah sebagai respon kepada dakwaan Tuan Ibrahim bahawa pihaknya dan beberapa pemimpin UMNO serta PN sudah berunding mengenainya, diketuai oleh pengerusi PN, Muhyiddin Yassin.

Bercakap kepada media di muktamar Pemuda PAS Selangor semalam, Tuan Ibrahim juga disebut sebagai berkata pihaknya turut menjemput ahli UMNO yang tidak berpuas hati agar menyertai PN dan meninggalkan UMNO yang disifatkan sebagai ‘kapal yang sedang karam’.

Puad menafikannya dan berkata UMNO tidak akan mengulangi kesilapan masa lalu, iaitu bekerjasama dengan PN

“Tuan Ibrahim tahu bahawa UMNO tidak akan masuk perangkap mereka lagi.

“Idea kerjasama UMNO dengan PAS atau Bersatu, hanya mimpi semata-mata.”