Panduan Mengisi Borang
- Pemohon hendaklah mengisi Borang dengan lengkap butir – butir yang diperlukan termasuk di perenggan A dan B.
- Setiap permohonan mesti disertakan dengan salinan kad pengenalan.
- Permohonan ini hendaklah melalui cawangan sekarang (lama) dan cawangan yang ingin dimasuki.
- Borang permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Ketua Cawangan atau Ketua Wanita Cawangan atau Ketua Pemuda Cawangan atau Ketua Puteri Cawangan.
- Bagi Pertukaran Cawangan dalam Bahagian yang sama, borang mesti sampai ke PEJABAT UMNO BAHAGIAN pada atau sebelum 31 Disember tahun berkenaan.
- Bagi Pertukaran Cawangan ke Bahagian UMNO lain, borang mesti sampai ke IBU PEJABAT UMNO MALAYSIA pada atau sebelum 31 Disember tahun berkenaan.
- Ibu Pejabat UMNO Malaysia atau Pejabat UMNO Bahagian akan memaklumkan status permohonan kepada Cawangan atau pemohon.