Pergerakan Wanita UMNO menggunakan keupayaan dan jentera politiknya untuk mencapai lima bidang matlamat iaitu bidang keagamaan, politik, ekonomi, sosial dan kemasyarakatan. Untuk mencapai matlamat tersebut, struktur aktiviti dan kegiatan Wanita UMNO sentiasa diubahsuai dengan kehendak keadaan.

Pergerakan Wanita UMNO telah berusaha untuk mewujudkan lebih ramai pemimpin dan bakal-bakal pemimpin dikalangan wanita Melayu di semua peringkat. Proses mewujudkan pemimpin ini dijalankan melalui aktiviti seperti kursus dan latihan khas, sambil sentiasa mengenalpasti wanita-wanita yang boleh diutarakan untuk menjadi ahli atau wakil di dalam perbadanan seperti Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, Jawatankuasa Peringkat daerah atau negeri dan juga Lembaga-Lembaga di mana wanita boleh mengemukakan pendapat serta pandangan.

Usaha juga telah dan akan diteruskan untuk meramaikan lagi calon-calon wanita yang boleh diterima untuk bertanding di dalam pilihan raya bagi mengisi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen serta untuk dilantik ke Dewan Negara.

KETUA-KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO

  1. Putih Mariah Ibrahim Rashid
  2. Zainun Sulaiman (Ibu Zain)
  3. Khadijah Sidek
  4. Tan Sri Fatimah Hashim
  5. Tan Sri Aishah Ghani
  6. Dr. Siti Zaharah Sulaiman
  7. Tan Sri Rafidah Aziz
  8. Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil