UMNO meluluskan usul melantik Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi sebagai Timbalan Pengerusi Tetap berkuatkuasa serta-merta.
Usul yang dikemukakan Setiausaha Agung, Ahmad Maslan diluluskan sebulat suara ketika Perhimpunan Agung Umnp (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini, hari ini.
Pelantikan Mohd Puad yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) adalah bagi menggantikan Rizuan Abd Hamid yang meninggal dunia pada 20 Mei tahun lalu kerana jangkitan Covid-19.