KEBANYAKAN perwakilan ke Perhimpunan Agung (PAU) menyokong usul agar dua jawatan teratas parti tidak dipertandingkan, kata Mohd Puad Zarkashi.
Ahli Majlis Tertinggi itu juga menafikan laporan yang menyebut mereka menolak usul berkenaan.
Beberapa pihak amat gembira dua jawatan itu (presiden dan timbalan) tidak perlu dipertandingkan walaupun ia diboo semalam. Bagaimanapun, hanya satu atau dua portal berita yang melaporkannya.