PAU hari ini meluluskan dengan suara majority usul agar jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan.
Pada persidangan di World Trade Centre, majoriti perwakilan menyokong usul berkenaan dan hanya beberapa yang tidak. Pemilihan parti mesti diadakan selewat-lewatnya 19 Mei 2023.
Ini bermakna presiden Dr Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Mohamad Hasan akan memegang jawatan itu untuk tempoh tiga tahun lagi.
Sebelum ini, Zahid menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukannya selepas banyak pendapat menyebut sebarang pemilihan jawatan tertinggi parti akan hanya memecahbelahkannya berikut kekalahan pada pilihanraya umum ke-14 dan ke-15 baru-baru ini.