UMNO Terengganu diminta membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pemberian wang kepada pengundi sepanjang kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 tahun lepas.
Bercakap di Pontian semalam, Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan berkata ia perlu dilakukan bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut mengenai dakwaan itu.
“Saya difahamkan khabarnya ketika kempen (ada) pihak-pihak memberi RM150 untuk belia, RM300 untuk mahasiswi dan RM600 bagi golongan orang kurang upaya (OKU) serta pesara dan pemberian berkenaan dipercayai dibuat beberapa hari sebelum pengundian.
“Saya harap jangan buat sesuatu yang menyebabkan umat Islam keliru… disebabkan isu-isu begini, berubah-ubah fatwa. Jika mereka beri (dianggap) sedekah, jika kita (beri) rasuah… pada saya, ini melanggar garis panduan SPR,” katanya.