UMNO akan melakukan ‘pembersihan’ parti secara besar-besaran, dengan memberi tumpuan kepada mereka yang didapati mensabotaj parti serta calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15, kata Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata perkara tersebut akan dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi esok (Jumaat).
“Saya kata dalam Perhimpunan Agung baru-baru ini, kita akan lakukan pembersihan parti secara besar-besaran, termasuk mereka yang sabotaj parti dan calon parti pada PRU15, dan mungkin termasuk orang yang menembak kaki sendiri (sabotaj diri sendiri) ketika pilihan raya diadakan.
“Bila besar-besaran ini maknanya adalah (pembersihan), mana yang belum terasa insya-Allah malam esok akan terasa,” katanya di Putrajaya hari ini.