PEMECATAN Noh Omar dan Khairy Jamaluddin adalah sah dan mengikut segala peraturan yang ada, kata Ketua Penerangan, Isham Jalil.
Majlis Kerja Tertinggi, presiden parti dan jawatankuasa lain tidak sekali-kali mencampuri urusan Lembaga Disiplin dalam membuat keputusannya.
“Lembaga Disiplin menjalankan siasatan berasaskan laporan yang dibuat terhadap kedua-duanya, terutama bersabit kesalahan ketika kempen pilihanraya umum ke-15.
“Lagi 25 ahli turut dipecat kerana didapati bertanding sebagai calon Bebas serta menyokong parti lawan,” katanya.
Noh sebelum ini mendakwa dia tidak langsung dipanggil oleh Lembaga Disiplin dan tidak pula menerima sebarang surat atau notis.