UMNO/BN Negeri Selangor telah bersetuju dengan keputusan untuk memulakan rundingan secara rasmi bersama Pakatan Harapan (PH) dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin mengesahkan perkara itu Ahad lalu.
Beliau juga menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa tiada kata putus dicapai mengenai perkara itu.