KETUA Penerangan, Isham Jalil meminta Perikatan Nasional (PN) untuk tidak menyalahkan pihak lain atas dakwaan yang mereka hadapi berkaitan kes projek Jana Wibawa.
Ini berikutan Ketua Penerangan PN, Azmin Ali menuduh Umno sebagai dalang di sebalik pendakwaan tersebut berdasarkan kenyataannya mengaitkan presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi.
“Semalam Azmin kata kononnya Umno adalah dalang di belakang penahanan pemimpin-pemimpin PPBM oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ini kerana katanya presiden kita dan saya telah buat kenyataan bahawa pemimpin PPBM akan jadi kluster mahkamah lebih awal. Kata Azmin lagi, ia kerana sebelum ini saya telah suruh Timbalan Presiden PPBM, Faizal Azumu fokus kepada kes rasuah mereka yang bakal dihadapi.
“Azmin juga persoal kenapa hanya pemimpin PPBM sahaja yang ditahan dan mengapa pemimpin Umno tidak ditahan walhal projek Jana Wibawa itu diteruskan ketika pemimpin Umno jadi Perdana Menteri selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.