Keputusan RoS bukti Umno ikut peraturan

KEPUTUSAN agar dua jawatan tertinggi Umno iaitu Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada sesi pemilihan kali ini jelas tidak melanggar sebarang peraturan dan perlembagaan parti.

Setiausaha Agung, Ahmad Maslan berkata, ini bukan kali pertama dua jawatan tertinggi tersebut tidak dipertandingkan dan keputusan tersebut telah mencapai kata sepakat para perwakilan Perhimpunan Agung (PAU), Januari lalu.

“Terima kasih atas kenyataan ini. Saya sudah jelaskan yang tiada sebarang pelanggaran kepada peraturan dan perlembagaan Umno berhubung usul PAU 2022.

“Ini bukan kali pertama jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan. Maka kita terus melangkah ke hadapan untuk mendekati dan membantu rakyat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.