UMNO melantik Asyraf Wajdi Dusuki sebagai setiausaha agung yang baru, menggantikan Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal-Ehwal Perundangan), Azalina Othman Said pula dilantik ketua penerangan menggantikan Isham Jalil.
Ia diumumkan oleh presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur, hari ini.