MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) Umno membuat ketetapan untuk merayu pengampunan bagi bekas Presidennya, Najib Razak daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi berkata ia akan dibuat secepat mungkin.
Mengumumkan demikian di majlis berbuka puasa Umno di World Trade Center, Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata ia adalah satu ketetapan yang dibuat oleh MKT petang tadi.
Ini disahkan oleh Setiausaha Agungnya, Asyraf Wajdi Dusuki yang berkata, keputusan sebulat suara itu dibuat pada mesyuarat bulanan MKT.
“Kami akan merafak sembah menjunjung kasih Ke Bawah Duli Tuanku agar ia diperkenankan.”