UMNO Sabah tidak menolak kemungkinan untuk menjalin kerjasama dengan Parti Warisan (Warisan) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17), kelak.
Bagaimanapun, Ketuanya, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata masih terlalu awal untuk beliau menyatakan perkara itu memandangkan tumpuan kini adalah usaha memantapkan Umno Sabah terlebih dahulu.
“Kita tidak menolak kemungkinan itu, namun sekarang masih terlalu awal untuk menyatakannya. Kita tunggu sehingga tarikh PRN17 ditetapkan.
“Seperti saya nyatakan sebelum ini, Umno dan Barisan Nasional (BN) hanya bekerjasama dengan mana-mana parti yang menghormati perjanjian bagi membela kepentingan rakyat Sabah,” katanya di Kota Kinabalu, kelmarin.