Umno contributes RM1 million to Gaza mission

UMNO has channelled a contribution of RM1 million to Mapim, the Malaysian consultative council of Islamic organizations, for Malaysia’s 100 container aid mission to Gaza.

Party president Ahmad Zahid Hamidi expressed hope that the donation can help the Palestinian people as they observe Ramadan and await the coming of Syawal.

He said Palestinians in Gaza were going through severe suffering and difficulties from the “brutality” of the Israeli military offensive since Oct 7 last year. More than 32,500 Palestinians have been killed and more than 74,900 others injured amid widespread destruction and shortages of essential goods.

The Israeli army has also imposed a blockade on the Gaza Strip, leaving a large part of the population, especially those in the north, on the brink of starvation.

 

UMNO beri RM1 juta kepada misi bantuan Gaza

UMNO menyampaikan sumbangan RM1 juta kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) untuk Misi Bantuan Kemanusiaan 100 Kontena Malaysia ke Gaza, Palestin.

Menerusi catatan di Facebook hari ini, Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap sumbangan itu dapat membantu rakyat Palestin terutama ketika sedang menempuh Ramadan dan Syawal yang bakal tiba.

“Saya ucapkan terima kasih seikhlasnya buat penyumbang khususnya ahli-ahli UMNO. Mudah-mudahan Ya Allah, diberikan ganjaran seluasnya kepada semua yang terlibat dan didoakan agar setiap infaq dan derma yang dihulurkan memberikan manfaat sebesar-besarnya buat penduduk Palestin di sana,” katanya.

Sejak serangan rentas sempadan pada 7 Oktpber lepas, lebih 32,500 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 74,900 cedera di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.

Tentera Israel juga telah mengenakan sekatan ke atas Semenanjung Gaza menyebabkan sebahagian besar penduduk terutamanya penduduk di utara di ambang kebuluran. – Bernama