UMNO selepas ini perlu melatih pemimpin-pemimpin parti itu belajar untuk menjadi pembangkang.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, tindakan tersebut perlu dilakukan supaya mereka boleh membangkang wakil rakyat di setiap kawasan yang tidak bekerja.
“Kita nak latih pemimpin UMNO jadi pembangkang, asyik menang bila dah kalah jadi tak pandai.
“Jadinya kena belajar baru akhirnya rakyat akan dapat manfaat, good wakil rakyat, good pembangkang,” katanya.
Beliau berkata sedemikian selepas perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Bentong di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Perbandaran Bentong (MPB) di sini pada Isnin.
Hadir sama, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bentong, Datuk Seri Mohamad Zaini Salleh dan bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob yang juga mantan Ketua UMNO bahagian terbabit.