PENGERUSI BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Ahmad tidak menolak kemungkinan akan menurunkan calon baharu pada pilihanraya kecil Mahkota nanti.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, nama calon akan diumumkan pada mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan minggu depan.
“In shaa Allah, kita akan ada muka baharu,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.
BN, kata akan juga menggunakan pendekatan baharu pada pilihanraya kecil itu nanti.
PRK itu diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri, Sharifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.
Suruhanjaya Pilihanraya menetapkan hari penamaan calon pada 14 September dan 28 haribulan sebagai tarikh mengundi.
Pada pilihanraya negeri pada Mac lalu, Sharifah menang dengan 5,166 undi majoriti.