Agong, Permaisuri ucap Selamat Hari Malaysia

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, menzahirkan ucapan Selamat Hari Malaysia.

Ucapan itu dizahirkan menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini Isnin).

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, turut mendoakan Malaysia terus dilindungi, diberkati dan dikurniakan kemakmuran yang berkekalan.