BN akan perhalusi kerjasama dengan PH di Johor

BARISAN Nasional (BN) masih belum bersedia mengumumkan sama ada kerjasama parti itu dengan Pakatan Harapan (PH) akan terpakai dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang seperti mana dalam menghadapi PRN Sabah, tahun depan.

Presiden BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan berhubung perkara itu akan diumumkan pihaknya apabila tiba masanya.

“Saya akan buat pengumuman (kerjasama BN dan PH bagi PRN Johor) apabila tiba masanya,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerjasama BN dan PH akan terpakai dalam PRN Johor.