UMNO Sabah gesa Hajiji Noor letak jawatan

SAYAP UMNO Sabah menggesa Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor meletakkan jawatan beliau supaya siasatan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini yang didakwa terlibat dengan skandal perolehan projek mineral dapat dijalankan dengan telus dan bebas.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sabah, Sufian Abd Karim berkata, Pemuda UMNO menyatakan kebimbangan mereka terhadap isu yang melibatkan beberapa ADUN Sabah berdasarkan video yang tular bahawa terdapat dakwaan salah urus, penyalahgunaan kuasa dan kemungkinan berlakunya penyelewengan yang boleh memberi kesan langsung kepada rakyat di negeri ini.

“Sebagai Ketua Menteri dan individu yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal negeri, beliau mesti mengambil tanggungjawab penuh terhadap isu ini.

“Oleh itu, Pergerakan Pemuda UMNO Sabah mendesak Hajiji meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah agar siasatan dapat dijalankan secara bebas dan telus tanpa menganggu pentadbiran negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sufian berkata, satu siasatan menyeluruh dan bebas harus dilakukan terhadap organisasi mineral yang dikaitkan dan pendedahan hasil siasatan harus dibuat kepada rakyat Sabah.

“Kerana rakyat Sabah berhak mengetahui keadaan sebenar dan hasil siasatan dilaporkan untuk mengembalikan keyakinan rakyat Sabah terhadap pentadbiran negeri.

“Sebagai rakyat Sabah, Pergerakan Pemuda UMNO Sabah tidak lagi boleh berdiam diri, ini sangat membimbangkan apabila wujud dakwaan bahawa sumber kekayaan negeri ini telah disalahgunakan sehingga menyebabkan kerugian besar kepada negeri dan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Wanita UMNO Sabah turut menyatakan kegusaran terhadap dakwaan serius berkaitan video tular ADUN-ADUN Sabah yang mencerminkan wujudnya salah guna kuasa dan ketidakcekapan dalam menguruskan sumber asli di negeri ini.

Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Noraini Idris berkata, sebagai negeri yang kaya dengan hasil bumi, rakyat Sabah tidak boleh terus membiarkan kekayaan negeri ini dieksploitasi tanpa akauntabiliti.

“Sehubungan itu, Wanita UMNO Sabah dengan tegas mendesak Ketua Menteri Sabah meletakkan jawatan dengan segera agar memastikan pentadbiran neger kekal telus dan berintegriti.

“Selain itu, perlu tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat pengurusan sumber asli negeri Sabah secara menyeluruh demi memastikan Sabah kembali kepada landasan pembangunan yang adil dan berintegriti,” katanya.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabah, Ummi Nabilah Jamal dalam kenyataannya oula turut mendesak supaya siasatan penuh terhadap kontroversi tersebut.

“Isu yang membelenggu adalah satu tamparan hebat kepada usaha kita yang memastikan hasil bumi Sabah diuruskan dengan cekap, telus dan berpandukan kepada keadilan social.

“Kehilangan hasil kekayaan negeri mencerminkan kegagalan serius kepimpinan Ketua Menteri dan kerajaan GRS dalam melindungi amanah rakyat,” katanya.

 

Sabah Umno wants Hajiji Noor to step down

SABAH Umno Youth has called for Hajiji Noor to step down as chief minister following a mining scandal allegedly involving several assemblymen from the state discussing bribes for a project licence.

Sabah Umno Youth chief Sufian Abd Karim said that Hajiji, as chief minister and the person in charge of state affairs, must take full responsibility for the matter.

“Hajiji should step down as chief minister of Sabah to allow an independent and transparent investigation to proceed without interference from the administration,” he said in a statement.

He also called for a comprehensive and impartial investigation into Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM), and for the findings of the probe to be disclosed to the public to restore confidence in the state administration.

The people of Sabah deserved to know the truth, he said.

“The Sabah Umno Youth wing can no longer remain silent. It is deeply concerning that there are allegations of the state’s wealth being misused, resulting in significant losses for Sabah and its people,” Sufian added.

Hajiji said last month that he had nothing to hide, and pledged that the Gabungan Rakyat Sabah-led state government would assist in the Malaysian Anti-Corruption Commission’s (MACC) investigation of the case.

On Nov 18, it was reported that SMM had accused its former CEO, Jontih Enggihon, of breach of fiduciary duty, fraud, and misconduct.

SMM CEO Natasha Sim said Jontih’s alleged wrongdoing was uncovered following a comprehensive internal probe into his affairs while holding the post.

Sim claimed this included breaches of fiduciary duties, fraudulent activities, misrepresentation to the SMM board of directors, and misconduct.

Police and MACC reports were filed against Jontih, accusing him of colluding with a purported whistleblower behind several videos which have gone viral, alleging corruption involving a number of Sabah assemblymen.

Jontih denied the allegations and said the claim that he had acted as a middleman between the whistleblower and assemblymen was a “total lie”.

He said he had evidence to back his claim that Hajiji had abused his powers, including text messages from the chief minister, briefing notes, and minutes from SMM board of directors meetings.