Najib pertahan pinjaman filem anak tirinya

BEKAS perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa anak tirinya Riza Aziz membuat filem-filem di Hollywood dengan pinjaman sebuah dana Abu Dhabi di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Riza atau nama penuhnya Riza Shahriz Abdul Aziz menerima pinjaman Aabar Investments PJS kerana ia berbentuk pinjaman langsung yang biasa dibuat oleh orang lain.

Najib, yang disoal balas oleh peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berkata keputusan memberi pinjaman itu dibuat oleh kerabat UAE, Sheikh Mansour ibn Zayed al Nahyan.

Pihak pendakwa sebelum itu menyebut bahawa Najib meminta bantuan seorang ahli kerabat Arab dalam satu panggilan telefon agar satu perjanjian bertulis disediakan untuk pinjaman berkenaan.

Ia bertujuan menutup penggubahan wang haram membabitkan Riza.

Najib menolak tuduhan itu kerana pinjaman yang dibuat oleh Riza itu adalah sah dan dia tidak akan menerimanya jika bukan dalam bentuk pinjaman.

“Ia dari sumber sah dan bersih,” kata Najib.